Program Jelajah Kedah Sejahtera Siri Pertama

Outdoor Events

---

Program Jelajah Kedah Sejahtera telah berlangsung siri pertama di Daerah Sik pada 11 hingga 12 Ogos 2022 bertempat di Masjid Al-Hidayah, Merbau Kudung.

Program anjuran Kerajaan Negeri Kedah ini bertujuan untuk menerangkan dasar-dasar kerajaan dan isu-isu semasa serta memberi penerangan dalam konteks bersama mengatasi masalah kos sara hidup dalam pelbagai medium.

Sepanjang dua hari program ini berlangsung, pelbagai pengisian program yang meliputi pameran dan jualan daripada jabatan dan agensi kerajaan, derma darah, taklimat penerangan untuk komuniti, aktiviti kerohanian dan cabutan bertuah dianjurkan bagi manfaat rakyat.

Program ini juga dimeriahkan dengan pelbagai variasi ‘pocket events’ yang merangkumi kesemua peringkat umur dari yang muda hinggalah ke dewasa seperti aktiviti mewarna dan sukan rakyat serta aktiviti memasak.

Pengisian program pada sebelah malam 11 Ogos 2022, Forum Perdana Hal Ehwal Islam bertajuk ‘Penerangan Kedah Sejahtera’ akan membincangkan cabaran utama Kerajaan Negeri mengangkat syiar Islam di bumi Jelapang Padi yang di sampaikan oleh Syeikh Mohd Rasydan A Rahman, Penolong Pegawai Agama Daerah Sik dan Syeikh Mohd Rodi Abdul Rahman, Timbalan Pengarah Yayasan Islam Negeri Kedah.

Pada 12 Ogos 2022, majlis diteruskan lagi dengan Majlis Perasmian Penutup Jelajah Kedah Sejahtera
Hadir sama Ahli Parlimen Sik, Ahmad Tarmizi Sulaiman selaku Wakil Rasmi Menteri Besar Kedah; Ketua Penolong Pegawai Daerah Kanan (Pengurusan Tanah) Sik, Shazarulazwan Sarip; ADUN Belantek, Dato’ Mohd Isa Shafie dan Imam Masjid Al Hidayah, Ramly Ibrahim.

Dalam pada itu, majlis penutup oleh Ahli Parlimen Sik turut diserikan dengan penyerahan geran tanah kepada penerima di daerah Sik seramai 30 orang diikuti cabutan bertuah serta lawatan ke booth pameran sebelum berakhir dengan jamuan rakyat.

Darulaman Media & Events Sdn Bhd mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang hadir memeriahkan Program Jelajah Kedah Sejahtera pada siri pertama.

Terima kasih juga diucapkan kepada petugas dan agensi yang bertungkus-lumus dalam menjayakan majlis ini. Seterusnya jutaan penghargaan kepada Imam Masjid Al- Hidayah Merbau Kudung kerana memberi kebenaran menggunakan tempat di kawasan perkarangan Masjid sempena Program ini.

Mohon maaf atas kekurangan daripada pihak kami. Harap dapat berjumpa lagi pada waktu dan masa yang lain.

🔰Follow fb page kami untuk mengetahui perkembangan program seterusnya.

Staying creative is our choice

A Click Away to Awesome Work

---

We are among those who think that digitalization create great beauty.

If you want to commercialize your business in a collaborative environment where digitalization, live streaming and advertising are done as a team, we might be exactly what you’re looking for.

Back to top