Perasmian Qaryah Ramadan 2023/1444H

Outdoor Event

---

Pelancaran QARYAH RAMADAN 2023/1444H

Ramadan diserikan lagi dengan kehadiran Qaryah Ramadan 1444 pada 6 April 2023.
Qaryah Ramadan merupakan sebuah program khas diatur semperna bulan suci. Program akan berlangsung bertempat di Dataran Zero, Sg. Petani dan Dataran Kulim.
Program ini bertujuan untuk menzahirkan kesungguhan kerajaan dalam mengangkat siar islam.
Majlis dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor Menteri Besar Kedah
bertempat di Dataran Zero, Sg. Petani Kedah.

Majlis bermula pada pukul 6.00 petang dengan kehadiran para tetamu jemputan memenuhi ruang perkarangan khemah dan kehadiran Yang Amat Berhormat Dato’ seri Haji Muhammad Sanusi Bin Md. Nor.
Majlis diteruskan dengan bacaan doa dan ucapan aluan oleh YB brigedier Jeneral(B) Dato’Najmi Haji Ahmad Pengerusi Jawatankuasa Agama, pendidikan dan Sumber Manusia.

Sesi diteruskan dengan Ucapan Perasmian Majlis Qarya Ramadan 2023/1444H sekaligus melaksanakan gimik pelancaran Jom Wakaf Kitab Tafsir Pimpinan ar-Rahman oleh YAB Dato’ Seri Menteri Besar Kedah.

Seterusnya, acara diteruskan dengan penyampaian sumbangan duit raya kepada wakil Guru-guru Prasekolah Agama dan Sekolah Rendah Agama Daerah Kuala Muda dan penyampaian Cenderahati kepada YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor Menteri Besar Kedah.
Kemudian majlis diteruskan dengan tetamu menjamah juadah berbuka puasa dan solat maghrib berjemaah.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.
Mohon maaf atas kekurangan daripada pihak kami. Harap dapat berjumpa lagi pada waktu dan masa yang lain.

🔰Ikuti laman Facebook kami untuk mengetahui perkembangan program seterusnya.

Staying creative is our choice

A Click Away to Awesome Work

---

We are among those who think that digitalization create great beauty.

We work with you, not for you

Do More than Ideas

---

We understand the importance of approaching each work integrally and believe in the power of simple and easy communication. Our services provide what you require most.

If you want to commercialize your business in a collaborative environment where digitalization, live streaming and advertising are done as a team, we might be exactly what you’re looking for.

Back to top