Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Menteri Besar Kedah 2023

Outdoor Event

---

Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri YAB MB Kedah

27 April 2023 (6 Syawal)

Telah berlangsung Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di Seri Mentaloon Kediaman Rasmi menteri Besar Kedah anjuran Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor, Menteri Besar Kedah. Majlis bermula pada 11 pagi sehingga 4 petang.

Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri ini dianjurkan bagi mengeratkan perpaduan antara kaum dan hubungan sesama masyarakat dengan pemimpin.

Pelbagai juadah menarik disediakan buat para pengunjung. Pengunjung juga bakal disajikan dengan nasyid dan Qasidah sebagai sajian halwa telinga untuk hiburan para pengunjung.

Majlis ini diserikan dengan pelbagai aktiviti seperti penyampaian duit raya kepada kanak-kanak oleh YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor secara langsung serta aktiviti sampingan seperti bergambar di Photobooth Rumah Kayu yang mengimbau nostalgia zaman dahulu dan mencuba camera 360 darjah untuk gambar yang unik. Tidak lupa juga mencuba Roda Impian untuk memenangi hadiah menarik. Bagi kanak-kanak terdapat badut serta belon untuk menarik minat.

Pihak Darulaman Media dan Events mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua terlibat menjayakan majlis ini dan memohon maaf atas kekurangan daripada pihak kami.

🔰Follow fb page kami untuk mengetahui perkembangan program seterusnya.

Staying creative is our choice

A Click Away to Awesome Work

---

We are among those who think that digitalization create great beauty.

We work with you, not for you

Do More than Ideas

---

We understand the importance of approaching each work integrally and believe in the power of simple and easy communication. Our services provide what you require most.

If you want to commercialize your business in a collaborative environment where digitalization, live streaming and advertising are done as a team, we might be exactly what you’re looking for.

Back to top