Majlis Penutup Kursus Pemasaran Digital

Outdoor Events

---

Mar 05, 2022

Pada 5 March 2022, di Bilik Mesyuarat UTC Alor Setar telah berlangsungya Majlis Penutup Kursus Pemasaran Digital.
Program ini dilaksanakan selama dua hari di Zon Utara dan Zon Selatan .
Tujuan program ini diadakan adalah selari dengan misi kerajaan dalam melahirkan bakat digital dalam memacu pertumbuhan ekonomi digital serta mengasah bakat dan kemahiran golongan muda dalam bidang teknologi digital dan multimedia kreatif.
Majlis bermula dengan penyampaian taklimat oleh Tuan Haz yang bertajuk Bongkar Rahsia Bisnes dengan TikTok kepada peserta.
Antara taklimat yang disampaikan oleh tenaga pengajar pada hari tersebut:
πŸ‘‰Teknik bina Personal Branding
πŸ‘‰Formula berniaga di Tiktok
πŸ‘‰Menulis skrip di video untuk bisnes yang impak
πŸ‘‰ Teknik cara cepat video masuk #FYP
πŸ‘‰ Rahsia & Teknik penggambaran Video
πŸ‘‰ Do&Don’t dalam Tiktok
πŸ‘‰ Tips dan Triks dalam tiktok
πŸ‘‰ Bongkar teknik sunting video yang impak
πŸ‘‰ Step-by-step buat video promosi
πŸ‘‰ Teknik soft sell dan hard sell
Setelah selesai segala ilmu yang disampaikan oleh Tuan Haz, acara seterusnya majlis perasmian penutup dan penyampaian sijil oleh YB Haji Wan Romani Wan Salin (EXCO Kerajaan Negeri Kedah).
Kami merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua peserta dari seluruh negeri Kedah di atas sokongan dan komitmen bagi menjayakan kursus pemasaran digital Kedah 2022 dan juga kepada Tuan Haz atas kehadiran tuan ke program tersebut. Semoga ilmu yang disampaikan oleh beliau amat bermakna dan memberi manfaat kepada peserta.
πŸ”°Follow fb page kami untuk mengetahui perkembangan program seterusnya.
Staying creative is our choice

A Click Away to Awesome Work

---

We are among those who think that digitalization create great beauty.

If you want to commercialize your business in a collaborative environment where digitalization, live streaming and advertising are done as a team, we might be exactly what you’re looking for.

Back to top