Majlis Pelancaran Pusat Latihan Pas Kedah

Outdoor Events

---

Jan 27, 2022

Pada 27 Januari 2022 telah berlangsungnya Majlis Pelancaran Pusat Latihan Pas Kedah di Sedim Kulim Kedah. Majlis ini dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor (Menteri Besar Kedah).

Tanah ini asalnya diwakafkan oleh Tuan Hj Hasan Napiah kepada PAS Kedah. Setelah bermesyuarat dengan jawatankuasa pembangunan tanah, bersetuju untuk dijadikan pusat latihan. Sesuai dengan kawasan di Sedim ini yang wujud berbagai resort, homestay dan kawasan peranginan.

Aturcara majlis yang berlangsung :
08.30 am – 09.00 am :

  • Persiapan kaunter pendaftaran dan tempat makan.
  • Pendaftaran Tetamu dan Jemputan serta pematuhan SOP

09.00 am – 10.00 am:

  • Peserta mengambil tempat di dalam khemah.
  • Aluan Pengerusi Majlis oleh Ust Mohd Rosli Azmi (PSU 1 Badan Perhubungan PAS Negeri Kedah)
  • Bacaan Yassin dan Doa dipimpin oleh Syeikh Muhamad Rodi Abdul Rahman

10.30 am – 12.00 pm:

  • Ketibaan YAB Dato Seri Haji Muhammad Sanusi Md. Nor
    Menteri Besar Kedah dan Dif-dif Jemputan.
  • Bacaan Doa
  • Ucapan Pengarah Majlis oleh Ybhg Ustaz Musoddak bin Hj Ahmad
  • Ucapan Pesuruhjaya Pas Negeri Kedah , YB Senator Dato Ustaz Hj Ahmad bin Yahaya
  • Pelancaran Derma Jihad dan Dana Pembinaan Pusat Latihan PAS Kedah
  • Penyerahan Borang Keahlian PAS – Cawangan Sedim.
  • Ucapan Perasmian oleh YAB Dato Seri Haji Muhammad Sanusi Md. Nor Menteri Besar Negeri Kedah

12.30pm-02.00pm :

  • Penyampaian Cenderahati pada Pewakaf Tanah & VIP
  • Lawatan ke Khemah Pameran
  • Gimik Majlis Pecah Tanah, Lawatan ke Tapak Projek
  • Jamuan Tengahari, Solat dan bersurai.

Akhir sekali, Pihak Darulaman Media dan Events mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua terlibat menjayakan program ini secara langsung mahupun tidak langsung.

Staying creative is our choice

A Click Away to Awesome Work

---

We are among those who think that digitalization create great beauty.

If you want to commercialize your business in a collaborative environment where digitalization, live streaming and advertising are done as a team, we might be exactly what you’re looking for.

Back to top