Kempen Pelancaran Sayangi Kedah Sejahtera

Outdoor Events

---

Rabu – 15 Mac 2023, telah berlangsing Majlis Perlancaran Kempen Sayangi Kedah Sejahtera di Wisma Darulaman. Majlis pelancaran tersebut dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Bin Md Nor, Menteri Besar Negeri Kedah.

Bermulakan pukul 1, para jemputan telah memenuhi ruang perkarangan majlis dengan ketibaan Yang Amat Berhormat Menteri besar Kedah. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku serta Allah Selamat Sultan dan diiringi bacaan doa.

Majlis diteruskan dengan ucapan aluan oleh Pengerusi Jawatankuasa Penerangan Komunikasi & Multimedia, Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna iaitu YB Dato’ Romani Bin Wan Salin.

Seterusnya, Majlis dilanjutkan dengan ucapan pelancaran kempen oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah sekaligus melaksanakan gimik pelancaran kempen Sayangi Kedah Sejahtera dan gimik serahan stiker logo dan baju kepada:

Dato’ Haji Norizan Bin Khazali (Yang Berhormat Setiausaha kerajaan Negeri Kedah)
Dato’ Haji Juhari Bin Bulat (Yang Berhormat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah)
Ustaz MohdAzam Samad (Yang Berhormat Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah)
Ustaz Majdi Bin Husain (Pengawai Korporat Pertubuhan Kuala Kedah Prihatin yang mewakili NGO dan Masyarakat)

Selepas itu, majlis diteruskan dengan sesi bergambar dan sidang media oleh Menteri Besar Negeri Kedah.

Darulaman Media & Events Sdn Bhd mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang hadir memeriahkan majlis Perlancaran Kempen Sayangi Kedah Sejahtera.

Terima kasih juga diucapkan kepada petugas dan agensi yang bertungkus-lumus dalam menjayakan majlis ini.

Mohon maaf atas kekurangan daripada pihak kami. Harap dapat berjumpa lagi pada waktu dan masa yang lain.

🔰Ikuti laman Facebook kami untuk mengetahui perkembangan program seterusnya.

Staying creative is our choice

A Click Away to Awesome Work

---

We are among those who think that digitalization create great beauty.

If you want to commercialize your business in a collaborative environment where digitalization, live streaming and advertising are done as a team, we might be exactly what you’re looking for.

Back to top